Thursday, 9 May 2013


APAKAH PENGURUSAN BILIK DARJAH?
Definisi:
Pengorkestraan kehidupan dalam bilik darjah: merancang kurikulum, mengorganisasi prosedur dan sumber, menyusun atur persekitaran untuk memaksimumkan kecekapan, memantau kemajuan pelajar, dan menjangka kemungkinan masalah” Lemlech (1988)

Anderson (1989), mengatakan PBD  yang berkesan adalah terdiri daripada:
  1. Tingkah laku yang menghasilkan penglibatan  pelajar yang maksimum dalam aktiviti pembelajaran 
  2. meminimumkan tingkah laku pelajar yang mengganggu tugas guru dan pelajar lain
  3. penggunaan masa pembelajaran yang efesien.

Definisi lain:
Para pendidik mendefinisi PBD mengikut pendekatan  pengurusan bilik darjah itu sendiri: iaitu
ADA 4 PENDEKATAN:
  • AUTORITARIAN
  • PERMISIF
  • MODIFIKASI TINGKAH LAKU PELAJAR
  • MENGGALAKKAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YG  +VE
a)  Pendekatan  Autoritarian
  1. Proses mengawal tingkah laku pelajar
  2. Peranan guru membentuk dan memastikan peraturan diikuti
  3. Penekanan utama mengawal disiplin pelajar.
  4. Biasanya perkataan pengurusan bilik darjah dan disiplin adalah terkawal

b)  Pendekatan Permisif
  1. Bertentangan dengan autoritarian
  2. Peranan guru adalah memaksimumkan kebebasan pelajar.
  3. Jika pelajar dikawal, akan menyekat perkembangan semulajadi mereka.
  4. Set aktiviti guru memaksimumkan kebebasan pelajar

c)  Modifikasi tingkah laku pelajar
  1. Mengikut kamus Dewan  Edisi ke4  Modifikasi ertinya  proses (perbuatan atau tindakan) mengubah sedikit sesuatu (keadaan atau sifat) supaya sesuai dengan keperluan.
  2. Guru mengubah tingkah laku pelajar ( dari tlaku  –ve kpd tlaku  +ve )
  3. Pengurusan bilik darjah adalah satu set akt. yg menggalakkan t/ laku  +ve.
  4. Cth: jadual tugas harian yang disediakan  dapat memupuk sikap tjwb dan mendisiplinkan murid. Secara tak langsung murid akan melibatkan diri secara aktif mengikut jadual yang ditetapkan.

d) Menggalakkan persekitaran pembelajaran yang +ve
  1. Pembelajaran dimaksimumkan :  hubungan baik antara
  • m – m
  • g – m
    2. Pengurusan bilik darjah - satu set aktiviti di mana guru membentuk hubungan yang baik dan persekitaran bilik darjah yg +ve

Bilik darjah adalah satu sistem sosial
  • pengajaran berlaku dlm konteks kump @ ind
  • t/ laku kump. beri kesan dlm pembelajaran
Peranan guru :
  • merangsang pembentukan  t/laku
  • menjaga  sistem organisasi b/darjah


Guru Sebagai Pengurus BD Yang Berkesan
  • Mendapatkan kerjasama murid
  • Mengurus persekitaran BD
  • Guru sebagai model yang baik – saling hormat menghormati
  • Memastikan rutin BD berjalan lancar.
  • Majoriti murid sukakan guru.


Faktor Mempengaruhi Pengurusan BD Berkesan
  1. Faktor Fizikal - persekitaran fizikal mestilah menarik & kondusif –> lampu, hiasan, kebersihan, susunan BD
  2. Faktor Sosial
    1. Membina peraturan – menentukan perkara boleh / tidak boleh dilakukan
    2. prosedur semasa menjalankan aktiviti dlm BD
    3. interaksi sosial – g-m & m-m
    4. tanggungjawab P&P, tugas rutin dan keselamatan.
  3. Faktor Emosi
    • Gaya Kepimpinan – autoritarian – kawal murid melalui ganjaran & hukuman – wujud suasana tertekan & tidak kondusif.
    • Demokratik – g bkongsi tjwb dgn murid – galakan bukan desakan – pcapaian tinggi
    • Laissez-faire – kebebasan tanpa had – BD tidak terurus, kucar kacir, tugasan sikit.
    • Motivasi – sentiasa memberi peneguhan & galakan – membina suasana +, melibatkan m secara aktif, hubungan yg baik, komunikasi 2 hala.

Rutin BD
  • Konsep Rutin – aktiviti pengurusan harian BD
  • rutin yg sistematik – wujud BD yg kondusif, semangat kekitaan, menjimatkan masa & tenaga guru.
  • gr terangkan rutin & prosedur BD pd awal tahun.


Jenis-Jenis Rutin
1. Rutin Kelas
  • peraturan & prosedur utk wujudkan situasi P&P yg baik
  • sebagai pencegahan – TL mengganggu dalam BD
  • Cth kebersihan, kekemasan, jadual bertugas murid dsb.

2. Rutin Pentadbiran
  • Peranan guru yang pelbagai
  • perlu tadbir BD dgn berkesan – dpt menjimatkan masa & tenaga g & m
  • Cth catat kehadiran, pungutan yuran, laporan kemajuan m, kad 001 & kad kesihatan m.

3. Rutin Pergerakan Murid
  • beratur sebelum masuk / abila mahu keluar – tertib & teratur Cth :
  1. akt dlm BD ke akt luar BD
  2. Akt kelas ke akt kump
  3. Kelas ke makmal komputer / makmal sains.

4. Rutin Pengurusan Tugasan
  • persediaan g terhadap tugasan, akt sumber P&P dan membina pusat aktiviti
  • gr perlu beritahu hasil pembelajaran yg diharapkan
  • gr juga perlu memantau akt. BD & menilai pencapaian murid

5. Rutin Pembelajaran
  • murid perlu melibatkan diri dengan aktif
  • Cth memungut buku latihan, mengagih bahan dan buku.

6. Rutin Interaksi
  • P&P menekankan akt berpusat kpd murid
  • interaksi g-m digalakkan – ada prosedur & bersopan
  • Cth perbincangan kelas / kump, membuat ujikaji makmal dan projek.

Disiplin Bilik Darjah
  • Perancangan P&P penting
  • kegagalan mengurus TL murid boleh menimbulkan gangguan
  • mendisiplinkan murid yang berTL mengganggu – sebahgian drp rutin semsa P&P

Masalah Disiplin
  • Masalah disiplin adalah TL yang
  1. Mengganggu pengajaran
  2. Mganggu hak org lain nak bel
  3. Tak selamat secara psi/fiz
  4. Merosakkan harta benda
  • masalah disiplin mungkin oleh guru/ murid.

Sebab2 Berlakunya Masalah Disiplin Dalam BD
  1. Bosan, akt tak menarik
  2. M Tak mampu buat tugasan
  3. Perlukan masa lama utk siap
  4. Pengurusan guru lemah
  5. G gagal menjelaskan TL yg diingini
  6. Persekitaran yg bising
  7. Harga kendiri & pencapaian akademik yg rendah cos selalu mengalami kegagalan.


Cara Mengendalikan Masalah Didiplin Dalam BD
  1. Amaran Konstruktif
  • keberkesanan bergantung kpd apa dan bagaimamana diperkatakan
  • Pertimbangkan prosedur berikut:
  1. Tarik perhatian
  2. Beritahu TL yg diingini dgn jelas
  3. Beritahu kesan TL –ve dgn jelas
  4. Amaran hendaklah ringkas
  5. Cepat teruskan pengajaran dan puji murid lain
  6. Puji sebaik TL dingini wujud
  7. Beri hanya satu amaran saja
  8. beri amaran cos TL bukan org
 
B. Hukuman

  • respon guru yg kerap adalah amaran
  • respon punitif – pgunaan ancaman lisan
  • Ingat – hukuman membawa kesan -ve kpd murid – bincang Øia menyekat pbelajaran (Englander 1986)


C. Mencegah Salah Laku
  • Penting jika g dpt membuat pencegahan awal
  • Ada beberapa cara :
  1.  Memahami Dinamika BD
  • kenalpasti masalah dlm konteks sosial
  • BD – matlamat TL, sumber TL & cara bmana m lain dpt mbantu utk atasi masalah tersebut
  • m lebih banyak mgalakkan / tidak  jika dibandingkan dgn guru
2.  Pengajaran Berkesan Utk Mcegah Masalah Disiplin Dlm BD

  • Menurut Maurice Balson, 1992: ‘At the heart of a disciplinary problem in the classroom is an educational  failure by the school’.
  • Pengajaran & pengurusan BD tidak berkesan menjadi penyebab masalah disiplin – m hilang minat / bosan akan bertukar mjadi TL bmasalah
3. Susunan tempat duduk biar g dpt melihat semua m dgn jelas
4. Sentuhan personal – beri perhatian


Mengurus Disiplin
  • G perlu mpunyai satu himpunan kaedah yg baik utk mgurus BD:
1. Rutin BD yg berkesan
2. Hub RS yg sihat dlm & luar BD
3. Bina Psekitaran Pbel yg bermakna
4. Ingatkan m ttg kesan salah laku
5. Beri phatian & motivasi
6. Libatkan m dlm akt pbelajaran
7. Amalkan pengurusan masa & akt P&P
dengan berkesan.


Mempraktik Strategi Disiplin Yang Sesuai
Beberapa kemahiran penyelesaian masalah dlm bentuk lebih +ve & cepat:
1. Mesra & mudah didekati
2. Uruskan TL yg spesifik & t’kini
3. Bantu m mbuat p’hakiman nilai ttg TLnya
4. Buat perancangan perubahan TL
5. Dptkan komitmen m utk m’jlnkannya
6. Tindakan susulan utk lihat kbkesanan
7. Jangan m’hukum m dgn sikap -ve


Rumusan
  • Pengurusan BD didefinisikan sbg tindakan & strategi yg digunakan utk kekalkan peraturan BD
  • Banyak faktor yg mpengaruhi pengurusan BD –fizikal, sosial & emosi
  • Rutin BD merujuk kpd pengurusan yg perlu dijalankan seharian dlm BD
  • Masalah disiplin BD – sebarang TL yg mengganggu proses P&P, hak m lain utk belajar, rasa tidak selamat fizikal & emosi serta merosakkan harta benda sekolah.
  • Penyebab utama masalah disiplin – bosan, tugasan tidak menarik, tidak mencabar, tidak upaya membuat tugasan, terlalu lama, pengurusan yg lemah, tidak adil, interaksi sosial –ve & konsep kendiri rendah
  • Cadangan cara mengendalikan masalah disiplin – amaran konstruktif, hukuman, pencegahan TL dan mengurus disiplin
  • Strategi disiplin yg sesuai boleh digunakan utk mengendalikan m & mengurus TL mereka. 

Wednesday, 2 January 2013

PENGURUSAN BILIK DARJAH DINAMIK


Ke Arah Pembinaan Modal Insan Berkualiti

Pendahuluan :

Pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan
campurtangan ahli untuk mencapai objektif-objektif organisasi atau kumpulan, gerakerjanya
termasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal. Bilik darjah
sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran, merupakan tempat yang
terpenting di sekolah. Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seorang
guru. Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang menjurus kepada
pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek memerlukan pelbagai pengetahuan,
kemahiran, prosedur, teknik dan strategi. Guru seharusnya memiliki gaya kepimpinan,
kemahiran merancang, kecekapan mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran dan
pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling
dan mampu mengendalikan teknoloji maklumat dan komunikasi (TMK).
Pelbagai kekangan dan permasalahan akan ujud dalam bilik darjah, kebiasaannya guru
berhadapan dengan tiga cabaran yang besar iaitu kerenah murid, memastikan hasil
pembelajaran tercapai dan hambatan masa. Guru yang berwibawa bijak bertindak sebagai
penyelesaian masalah, memperjelaskan objektif-objektif setiap perkara yang melibatkan bilik
darjah termasuk pengajaran dan pembelajaran serta penilaian (pentaksiran), keceriaan, dan
pengurusan murid sebagai pelanggan utama.
Pengurus yang berwibawa sentiasa bersungguh-sungguh menjalankan tugas yang
diamanahkan, kreatif dan innovatif, dedkasi, adil, cekap, mesra, periang, bertimbangrasa,
bersikap terbuka, tenang, sabar dan sentiasa bersedia untuk mendengar rungutan, kritikan
dan teguran yang dianggap sebagai cabaran dalam kerjaya. Pengurusan tanpa cacat (zero
defect) yang peka dan sentiasa mencari pendekatan baru untuk memperbaiki kelemahankelemahan
serta kekurangan yang menjadi punca kepada pembaziran dan kegagalan di
samping memiliki gaya pengurusan kualti yang mencakupi semua aspek bagi meningkatkan
produktiviti, keberkesanan program dan bertindak dengan cekap.
Pengurusan bilik darjah yang menyeluruh melibatkan pengurusan fizikal, peralatan dan
sumber, pengurusan murid (pelanggan), pengurusan organisasi, pengurusan masa dan
pengurusan pengajaran dan pembelajaran serta penilaian.

Pengurusan Fizikal, Sumber dan Organisasi

Bilik darjah yang mempunyai peralatan asas iaitu papan hitam, papan kenyataaan, dan
ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari, yang diahiasi dengan
penyediaan bahan-bahan bacaan, dan bahan bantuan mengajar serta peralatan sokongan
serta dihiasi dengan keceriaan dan keberrsihan.
Susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah sebaik-baiknya memberi kemudahan kepada
murid-murid mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan.
Murid mudah berintraksi sesama mereka dan mudah berintraksi dengan guru. Bilik darjah yang
berukuran 7 meter x 9 meter boleh memuatkan 40 orang murid. Cahaya yang mencukupi dan
pintu dan tingkap yang terbuka yang membolehkan pengedaran udara yang secukupnya.
Papan kenyataan yang dilengkapi dengan jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi,
pelan keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut bacaan atau rujukan, kata-kata motivasi,
termasuk kemudahan penggunaan laman web, komputer dan CD dan LCD sehingga
melahirkan pembudayaan bilik darjah yang kondusif. Hasilnya terjelma suasana yang
harmonis, ceria, dan semangat kepada murid dan guru untuk berada lebih lama kerana
terasa seolah-olah berada dalam sebuah rumah sendiri, ujudnya perasaan saling
berkerjasama dan kekitaan dan semangat berdikari, iaitu bersama berusaha memajukan diri
dan kumpulan secara kolektif.
Murid sebagai sumber manusia yang akan dijelmakan menjadi murid yang berpengetahuan
dan berkemahiran dan berketrampilan memerlukan pengurusan dan perancangan strategik
yang berkesan. Guru berperanan sebagai pencetus idea, pembimbing, fasilitator bagi
melahirkan suasana pembelajaran yang mengcakupi semua bidang kemahiran sebagai
sumber kepada pembinaan modal insan. Suasana pembelajaran yang kondusif,
menyeronokkan, bermotivasi, bermoral, kreatif, menjadikan pengajaran dan pembelajaran
lebih berfokus.Kejayaan guru mengurus fizikal, sumber dan suasana bilik darjah yang kondusif,
bermakna guru telah berjaya membentuk budaya berdisiplin, kerjasama, sayang kepada
keindahan alam sekitar, mematuhi setiap arahan, kehidupan berkualiti, yang melambang
sebahagian daripada keimanan.
Persediaan untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan merupakan
sebahagian daripada pengurusan bilik darjah dinamik. Persediaan yang merangkum pelbagai
alatan dan bahan untuk kegunaan guru dan murid. Ada kalanya murid tidak memberi
perhatian atau berkelakuan di luar daripada nilai-nilai murni yang hendak digarap boleh
dilihat berpunca daripada tidak terdapat kesinambungan dalam pelajaran disebabkan
persediaan guru dari aspek bahan, perlatan, pengetahuan dan kemahiran yang kurang
mantap.

Iklim Dan Aplikasi Bilik Darjah

Suasana bilik darjah harmonis membantu peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang
lebih bermakna. Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk iklim dan budaya
bilik darjah yang baik. Gaya kepimpinan yang berwibawa tanpa terlalu banyak memberi
arahan dianggap sebagai pemimpin demokratik hanya akan mengambil masa untuk
mendapatkan buah fikiran bagi menyelesai sesuatu isu, dan kelihatan kumpulan-kumpulan
yang ujud di bilik darjah mempunyai hubungan yang lebih mesra dan saling bekerjasama.
Berbeza dengan pemimpin Laiissez-faire yang memberi arahan-arahan yang tidak jelas dan
jawapan-jawapan yang ringkas tentang sesuatu persoalan.
Pendekatan-pendekatan yang hendak digunakan bagi mengawal iklim dalam bilik darjah
perlu berlandaskan tahap perkembangan murid-murid. Iklim bilik darjah yang baik biasanya
dikaitkan dengan kepatuhan dan keseronokan murid bersama guru dalam bilik darjah
tersebut. Guru yang memiliki gaya kepimpinan yang matang sedia menerima dan
menghormati setiap murid dalam bilik darjah, memperbaiki peraturan-peraturan supaya
peraturan itu boleh berubah mengikut keadaan dan suasana serta menekan kepada
jangkaan-jangkaan yang positif. Apabila keadaan ini berlaku guru sebagai pemimpin dapat
menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi dan pertumbuhan diri murid-murid serta bersikap
keterbukaan dalam perkara-perkara yang membawa kepada kebaikan.
Pengurusan bilik darjah akan menjadi bertambah baik jika sistem penyeliaan diurus dengan
berkesan. Murid-murid diberikan tugasan dalam mewujudkan iklim yang kondusif serta
membantu dalam penyediaan bahan dan alatan, tugasan-tugasan yang diberikan kepada
setiap murid pada awal tahun lagi dapat membantu mengembangkan budaya
bertanggungjawab, berkerjasama serta hubungan yang baik antara mereka dan juga
hubungan antara guru dengan murid, dan peranan guru sebagai pembantu penyelsaian
masalah yang dihadapi oleh murid-murid.
Secara umumnya, pengurusan bilik darjah sebaik-baiknya merangkumi ciri-ciri kesesuaian
(releven) dengan murid, persediaan suasana pembelajaran yang berkesan, organisasi
pengajaran dan sokongan-sokongan yang membantu peningkatan aktiviti-aktiviti
perkembangan pembelajaran secara lebih aktif dan produktif, teknik-teknik motivasi dan
penyelesaian konflik dan pergabungan semua elemen dalam satu sistem bagi menampakkan
keberkesanannya. Peranan dan pengorbanan guru sebagai penggerak dan pengubah iklim
yang kurang menyerlah kepada suasana yang lebih kondusif sebagai jambatan utama
susanan pembelajaran yang memberangsangkan ke arah pembentukan modal insan di
kalangan murid..

Pengurusan Murid

Murid adalah pelanggan bagi setiap guru dalam bilik darjah, mereka akan bersama setiap
kali pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah. Hati mereka perlu
dibersihkan melalui pendidikan yang terbaik, yang melampaui tingkahlaku manusia. Terdapat
perbezaan antara individu murid atau kumpulan murid dengan yang lain yang mendesak guru
menggunakan yang optimum dalam pengurusan bilik darjah, dan adalah penting guru
memahami tingkahlaku dan budaya murid supaya sebarang tindakan dapat dilakukan
mengikut kaedah yang betul dan tepat.
Pengurusan hal ehwal murid dalam bilik darjah melalui pendekatan penyayang yang
ditunjukkan oleh guru, dapat menjinakkan mereka, bercakap dengan bahasa yang lembut
dan bersopan, menegur dan membetul kesilapan dengan cara yang berhemah, di samping
menggunakan segala sifat mahmudah, akan mempercepatkan proses kecintaan dan
kesetiaan murid terhadap gurunya, dan kemujaraban pemindahan maklumat daripada guru
kepada muridnya.
Kemahiran berkomunikasi memainkan peranan penting ke arah pembentukan budaya
penyayang, komonikasi berkesan dalam dijelmakan dalam cara bertutur, penggunaan
bahasa badan, penulisan, juga melalui penggunaaan alat-alat tertentu seperti komputer,
telipon dan sebagainya. Apabila seorang guru menggunakan kemahiran berkomonikasi
terhadap muridnya, dapat menghasil suasana pembelajaran yang lebih dinamik,
pembentukan akhlak, kemahiran-kemahiran tertentu dapat diterap dengan lebih mudah dan
berkesan. Komunikasi berkesan menghasilkan motivasi yang berkesan, murid mudah
menerima motivasi yang disampaiakn secara berhemah dan berhikmah, nilai-nilai murni yang
hendak ditanam dalam diri murid akan melalui laluan yang lebih mudah dan berkesan.
Guru yang berwibawa sentiasa melihat pembelajaran sosial sebagai satu aspek penting
dalam bilik darjah. Setiap yang dipimpin perlukan penghargaan dan pengiktirafan, dan guru
seharusnnya bijak menggunakan kebijaksanaan komunikasi serta pendekatan penyayang
dengan menghadiahkan senyuman, memberikan penghargaan apabila mereka
mempamerkan sesuatu yang lebih baik daripada sebelum, misalnya, kelas yang lebih teratur,
kemas yang bersih. Menghabiskan ayat hafazan sebelum jangka masa yang ditentukan,
markah yang semakin baik. Sekeping kertas berbentuk surat penghargaan, atau sebatang
pen sebagai tanda penghargaan sudah menunjukkan keikhlaan guru bagi meningkatkan
prestasi mereka.
Guru menunjukkan teladan sebagai seorang professional, membentuk program-program yang
bertujuan membangunkan murid, dengan peraturan dan arahan yang jelas, bagi mengurang
segala tingkahlaku negative. Guru sepatutnya mengelak diri daripada menggunakan
pendekatan-pendekatan yang bertentangan dengan norma kemanusiaan yang menggalak
murid menghargai pertumbuhan pengetahuanh dan kemahiran diri.
Budaya bilik darjah yang dinamis, mementingkan aspek nilai-nilai murni, hubungan yang
mesra di antara sesama murid, dan murid dengan guru, budaya belajar yang ceria,
meyeronokkan yang menyentuh emosi, meningkatkan kecergasan mental, kreatif dan
enovatif, penyertaan yang aktif, pembelajaran yang berobjektif dan bermatlamat, yang
sentiasa mendapat dorongan dan bimbingan guru dan rakan sebaya, tahap disiplin yang
terkawal melalui tindakan yang berhemah, yang dibaluti dengan perasaan kasih dan sayang
dapat memberi peluang yang terbaik untuk mengembang potensi diri mereka ke arah
pembentukan modal insan yang berkauliti.
Guru boleh membuat jangkaan terhadap pelajar, seperti mengurangkan kadar ponteng dan
permasalahan disiplin melalui pendekatan pengurusan bilik darjah yang berkesan. Kadar
bilangan murid yang terlalu ramai dalam sesebuah bilik darjah, bukan satu ukuran yang
subjektif untuk dibuat satu kesimpulan bahawa kelas tersebut tidak dapat dibangunkan, tetapi
bagaimana guru menyusun kedudukan meja, mengorganisasikan murid sebagai sebuah
pasukan yang mantap, melalui tindakan guru sebagai fasilitator, pembimbing, penyelia,
pengawal dan penggerak serta menggunakan pelbagai pendekatan kaedah dalam
pengajaran dan pembelajaran yang disertai dengan semangat, minat, dan komitmen guru
bagi menjayakan visi dan misi. Kecekapan yang ditunjukan oleh guru bagi menhasilkan bilik
darjah sebagai sebuah rumah dalam slogan,’ bilik darjah ku, rumah ku’.
Kemahiran mengawal kelas apabila guru melangkah masuk ke kelas tersebut menjadi penting
kerana seorang guru tidak boleh melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berkesan
sekiranya muird-murid dalam kelas berkenaan tidak dapat dikawal dengan baik. Guru
mungkin berhadapan dengan beberapa murid yang nakal, tetapi harus ingat bahawa bukan
semua murid menjadi punca permasalahan tetapi jika tiada pengawalan yang baik, jumlah
murid yang akan menimbulkan ketidakselesaan guru akan bertambah dan akhirnya
menjejaskan penumpuan guru terhadap penyampaian pengajaran .
Strategi bagi mengawal keadaan ini, guru mengenalpasti murid-murid yang menimbulkan
punca permasalahan, supaya murid lain tidak menjadi ‘pak turut’ dengan permasalahan
rakan mereka itu, murid yang berkenaan dikenalpastikan pula punca yang menyebabkan ia
bertindak sedemikian, cuba membantu menyelesaikan punca permasalahan itu, dan teruskan
aktiviti pengajaran dengan banyak berinteraksi dengan murid yang berkenaan sehingga ia
merasakan dirinya mendapat perhatian dan dihargai bukan kerana dirinya tetapi kerana
tingkahlakunya yang tidak disenangi guru. Guru juga sentiasa mempamerkan pengiktirafan
terhadap murid berkenaan ketika berada di luar waktu pengajaran dan pembelajaran,
ketegasan kepada disiplin pembelajaran perlu dilakukan dengan cara dan pedekatan yang
berhemah yang menampakkan bahawa ketegasan itu bukan bertujuan penderaan tetapi
pengajaran. Sekiranya perlu murid berkenaan diberikan nasihat, teguran dan kata-kata
motivasi yang menggambarkan bahawa guru menyayanginya. Apabila berlaku perubahan
ke arah kebaikan, berilah pengiktirafan dan penghargaan terima kasih. Kesabaran,
kecekalan dan kesungguhan untuk membentuk perangai mereka yang kadangkala
mengambil masa yang agak lama.
Beberapa perkara yang boleh dijadikan panduan mengurus tingkahlaku murid, antaranya
ialah senaraikan maklumat yang perlu murid ketahui tentang peraturan yang wajib murid
patuhi sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran dan disertai dengan sebab-sebab
dan objektifnya. Membiasakan diri datang ke bilik darjah menepati masa, menggunakan
pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap pencapaian murid, yang
dimulakan dengan set induksi yang menarik dan diikuti dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran
yang menghilangkan rasa kebosanan mereka atau melakukan beberapa tugasan yang
berkaitan dengan isi-isi pengajaran tersebut, guru tidak melengah-lengah waktu untuk
memulakan pengajaran dan menamatkan pengajaran diminit-minit yang akhir, untuk
mengelakkan murid melakukan perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan hasil
pembelajaran, banyak merangsangkan minda mereka dengan kata-kata bermotivasi dan
penuh dengan senyuman dan jenaka (sense humor), dan pujian supaya suasana senstiasa
ceria, di samping memberi teguran umum yang berupa nasihat tetapi bukan leteran. Guru
juga menghormati murid seperti orang lain, bersikap adil kepada semua murid, hukuman
berbentuk deraan tidak seharusnya dilaksanakan kerana menyebabkan hubungan guru
dengan murid akan renggang dan menghilangkan minat murid untuk meneruskan
pembelajaran.

Pengurusan pengajaran dan pembelajaran

Pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah aspek yang terpenting dalam bilik darjah,
merupakan tugas utama yang perlu diberi perhatian yang serius, pembaziran waktu akan
berlaku dalam satu masa pengajaran dan pembelajaran sekiranya objektif pembelajaran
tidak tercapai.Pelan Tindakan Strategik bagi mata pelajaran yang diajar perlu disediakan oleh
guru. Kajian dari aspek kekuatan, kelemahan, peluang dan halangan yang disertai dengan
perancangan untuk lima tahun dan perancangan untuk tahun semasa selaras dengan
perancangan staregik sekolah.
Peningkatan profesionalisma guru dalam bilik darjah dilihat dalam aspek kebolehan
mencorak kualiti pengajaran, kebolehan menyusun organisasi pembelajaran, kebolehan
mencorak iklim dalam bilik darjah, kebolehan mencorak perkembangan murid termasuk
perkembangan akademik, perlakuan, sosial, emosi, rohani, intelek dan jasmani.
Guru yang bercita-cita untuk menjadi pengurus bilik darjah yang berkesan dapat memahami
perasaan dan kehendak hati nurani murid-murid, guru perlu cekap mencorak iklim yang
memberansangkan, kecekapan dan kemahiran pengajaran, pengurusan masa, produktiviti
dan tugas pengajaran dan pembelajaran, mencorakkan tingkahlaku dan pengawalan disiplin
murid. Oleh itu guru berperanan sebagai pendidik, pemudah cara, pemimpin, pembimbing,
penilai, perancang, perunding dan pendorong ke arah kecemerlangan murid.
Bagi mencapai kecekapan dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran maka perlukan
kebijaksanaan dan penelitian dalam perancangan , pelaksanaan, penyeliaan, penilaian
dan refleksi. Merancang kurikululum, sukatan, huraian sukatan, buku teks, bahan rujukan
tambahan dan maklumat tambahan daripada pelbagai sumber termasuk laman web.
Perkara-perkara yang melibatkan innovasi dan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran
supaya kelas tidak menjadi beku dan kaku diikuti dengan perancangan kemajuan pelajar,
merangka rancangan kerja tahunan, termasuk ujian, penilaian dan pentaksiran. Perancangan
yang berkualiti menjamin peningkatan kuantiti dan kualiti dalam proses perkembangan
pembelajaran serta hasilannya. Biasanya tingkahlaku dan minat murid akan berubah apabila
bertukar guru, ada guru yang digemari murid dan sebalik ada yang tidak digemari murid.
Pembelajaran yang bermakna melibatkan proses memahami, berfikir, berbincang, membuat
pertimbangan, menganalisis, kognitif, bagi mengembangkan minda murid. Diperluaskan
kepada kemahiran komunikasi, menyesuaikan diri, kemahiran sosial, dan perkembangan
tingkahlaku. Prinsip umum pembelajaran, iaitu meningkatkan dan mengekalkan rasa
kejayaan, meluaskan tahap keintlektualan, kerohanian, kekuatan emosi, dan keteguhan
jasmani, merangsang minat dan menghasilkan keseronokan, memberi ruang dan peluang
untuk mengatasi kelemahan, tidak menakut-nakutkan dan mengungut murid, sebaliknya
memberi peluang kepada mereka memperbaiki kelemahan, tidak membiarkan kegagalan
berterusan, pembelajaran perlu realistik dan boleh dilakukan, mengambil kira kemampuan
murid, pembelajaran perlu dapat menentukan objektif iaitu apa yang hendak dikuasai oleh
murid, dan pembelajaran juga mampu mencabar kebolehan murid bagi mengembangkan
potensi mereka.
Guru perlu memiliki beberapa kemahiran penting, kerana kemahiran mengajar menjadi
instrumen untuk kejayaan dalam mengurus bilik darjah, antara kemahiran dalam pelbagai
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh diambil dari modul, model, kaedah dan
teknik yang sedia ada atau menggunakan daya innovasi dan kreativiti membina modelmodel
tersendiri, kemahiran berkomunikasi, kemahiran interpersonal, kemahiran dalam
bimbingan dan kaunseling, kemahiran dalam menawan emosi atau kesedaran emosi juga
menjadi pemangkin dalam pengajaran dan pembelajaran.
Komunikasi adalah medan pemindahan pengetahuan, penyampaian pengajaran,
mengembangkan kemahiran berkomunikasi, dan mendapat maklumat. Mengamalkan
komunikasi berkesan, penggunaan bahasa, kesediaan mendengar, meningkatkan proses
intraksi, komunikasi terbuka, kemahiran bertutur dan mengemukakan pandangan, berhujah
dan berdailog,
Guru seharusnya mampu mengembangkan kemahiran komunikasi, lebih kreatif dan hubungan
yang lebih dinamik kesannya, penyelesaian konflik yang berrlaku, memberi ruang untuk murid
melahirkan pandangan, guru mampu melakukan pengaliran maklumat yang lebih berkesan,
serta mendapat maklum balas yang benar. Guru berjaya menghasilkan kreativiti dalam
pengajaran dan pembelajaran, dengan membina pelbagai kemahiran, yang boleh
meningkatkan kecekapan, dan meluaskan skop pembelajaran, yang bermatlamat bagi
meningkatkan pengajaran guru.
Justeru itu guru seharusnya mengelakkan masalah yang boleh menjejaskan keberkesanan
komunikasi seperti kekeliruan, salahtafsir, bahasa yang kasar, suara yang tidak jelas, bahasa
badan yang tidak sesuai, memberi tekanan emosi murid, komunikasi tertutup, tidak memberi
perhatian dan tumpuan tentang pengajaran dan pembelajaran.
Kehebatan pengajaran guru bergantung kepada kejelasan suara, gaya pengajaran yang
menarik, flesibiliti iaitu tidak sehingga membosankan, inovasi, kreatif, pendekatan yang
sentiasa digunakan untuk membaiki kelemahan murid, penglibatan murid dalam aktiviti kelas,
dan pengurusan masa yang berkesan. Meransang minat, memenuhi keperluan diri, sosial, dan
psikologi, dorongan dan sokongan, mengembangkan potensi, kebolehan, minat, bakat dan
keyakinan diri murid.Kepakaran guru diukur dari aspek inisiatif, dedikasi, perancangan,
kerjasama, kepimpinan, kepakaran, integriti yang tekal dalam organisasi yang dapat
mengujudkan keharmonian dan menunjukkan kesetiaan dan sokongan bagi menjayakan
wawasan, keaktifan, dan pengurusan masa. Pembelajaran murid terhasil melalui proses
pendengaran,pemerhatian, peniruan, membuat, ekplorasi iaitu pembelajaran yang aktif yang
merangsangkan minat murid, melalui latihan, percubaan, penglibatan dalam aktiviti
pembelajaran.
Kejayaan seseorang guru sebagai pengurus di bilik darjah tidak semata-mata dinilai daripada
aspek kemahiran dan teknik pengajaran dan pembelajaran semata-mata, tetapi kualiti
peribadi dan sahsiah diri juga menjadi tarikan kepada murid-murid. Pada amnya guru yang
disukai murid antaranya ialah yang sentiasa berwajah periang, pandai berjenaka, bersangka
baik, berperasaan yang matang, jujur dan ikhlas dalam menjalankan tugas, berfikiran positif,
tenang menghadapi sebarang krisis, pendengar yang aktif, berjaya menyelesaikan konflik,
dan tidak mudah menyalahkan orang lain. Imam al-Ghazali menggariskan ciri-ciri guru yang
efektif iaitu guru yang memiliki rasa simpati kepada setiap murid dan melayani mereka seperti
anak sendiri, meneladan sunnah Rasulullah S.A.W. yang ikhlas dalam memberi perkhidmatan,
tidak membenarkan murid melaksanakan sesuatu tugas kecuali guru benar-benar mengetahui
pengetahuan tersebut, menasihat murid secara lembut dan berhemah supaya meninggalkan
perkara-perkara yang buruk, tidak sekali-kali merendahkan disiplin ilmu yang lain di hadapan
murid, menghadkan pembelajaran bersesuaian dengan tahap pencapaian dan pemahaman
murid dan tidak memaksa mereka mencapai sesuatu di luar kemampuan serta menyediakan
bahan pembelajaran yang mudah difahami, jelas dan bersesuaian dengan tahap
perkembangan akal murid.

Pengajaran Dan Pembelajaran

Pengajaran dan pembelajaran yang hendak dikembangkan seharusnya mengikut instrumen
yang telah ditetapkan oleh bahagian-bahagian pengurusan di atas. Jabatan Pendidikan
Islam Dan Moral adalah satu-satunya jabatan yang bertanggungjawab untuk
memperkenalkan dan menyelaraskan instrumen-instrumen berkenaan untuk digunapakai oleh
organisasi di bawah kawalan. Modul pengajaran dan pembelajaran yang disediakan oleh
JAPIM telah melepasi piawai yang dikehendaki oleh pengurusan sekolah dan jemaah nazir
sekolah. Beberapa perkara penting yang dititikberatkan dalam modul berkenaan iaitu hasil
pembelajaran dan fokus, isi kandungan pelajaran, set induksi, perkembangan pengajaran dan
pembelajaran. Penilaian, rumusan, tugasan dan refleksi.
Set induksi :
Merupakan suatu perkara atau proses yang diperkenalkan pada minit pertama pengajaran
yang bertujuan untuk menarik perhatian dan mendorong murid mempengaruhi hasil
pembelajaran, set induksi yang menarik dapat menimbulkan minat murid terhadap tajuk yang
hendak disampaikan guru, murid memperolehi gambaran awal sebelum dimulakan
pengajaran tajuk yang sebenar, mendorong pelajar untuk mengetahui isi pengajaran, dan
pemusatan mental murid kepada satu konsep atau pendekatan yang hendak dikemukakan
oleh guru.
Set induksi boleh disediakan dalam pelbagai bentuk dan kaedah yang menarik, seperti
tayangan sedutan filem, sebuah nasyid, pantun, puisi, satu persembahan atau lakonan,
permainan, soal jawab, mempamerkan suatu bentuk atau objek, suatu penyataan yang
kontroversial, klip vedio tentang sesuatu panorama, atau satu peristiwa yang telah berlaku,
atau menyediakan satu bahan atau satu persoalan yang mencabar minda murid. Set induksi
yang hendak disediakan hendaklah yang dapat dikaitkan dengan hasil pembelajaran, isi
pelajaran, yang mendorong minat murid terhadap tajuk yang hendak diajar, dan dimulakan
dalam keadaan murid sudah bersedia bagi memulakan sesuatu sesi pengajaran dan
pembelajaran, dalam jangka masa antara satu hingga lima minit.
Perkembangan isi pelajaran :
Perkembangan isi pelajaran berlaku secara berurutan dengan set induksi, bagi matapelajaran
Pendidikan Islam langkah-langkah perkembangan dibahagikan kepada tiga aras. Aras
pertama adalah aras asas dan semua murid kelas yang di ajar hendaklah menguasai aras ini,
sekiranya gagal mereka dikehendaki mengikuti program pemulihan melalui pendekatan yang
lebih mudah seperti menyediakan soalan-soalan yang mudah difahami serta nota ringkas dan
mereka membaca dan memahami nota dengan bimbingan guru kemudian menjawab
soalan manakala murid-murid lain akan terus ke aras kedua iaitu meneruskan perkembangan
selanjutnya, setelah itu guru membuat penilaian, sekiranya ada yang gagal, murid-murid
berkenaan diberikan program pemulihan dengan pendekatan yang lebih sesuai, murid-murid
lain terus ke aras ketiga sehingga selesai dan diikuti dengan penilaian yang terakhir
dipenghujung pengajaran dan pembelajaran.
Langkah-langkah perkembangan isi pelajaran perlu bermula dari yang mudah kepada yang
lebih kompleks, langkah-langkah disusun dengan menggunakan kaedah-kaedah dan teknikteknik
pengajaran yang sesuai, secocok dengan kemampuan serta menarik minat murid untuk
terus menghayati ilmu yang sedang diterokai. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat
dilaksanakan dengan berkesan mengikut masa yang telah ditetapkan, jika tidak, pembaziran
masa akan berlaku dan isi kandungan tidak dapat diselesaikan. Setiap isi pelajaran yang
diperuntukkan dalam masa tersebut dapat dinyatakan, difahami, dan sebahagian murid pula
dapat menganalisa, membandingbeza dan dapat membuat penilaian.
Pembinaan modal insan yang berkualiti yang menjadi agenda Negara sewajarnya dipupuk
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembinaan intelek, rohani, emosi dan jasmani
seharusnya disemai melalui aktiviti-aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran yang
berterusan supaya ianya menjadi amalan, penghayatan dan pembudayaan. Penyerapan
dengan matapelajaran yang lain, termasuk prinsip-prinsip Islam Hadhari, penggabungjalinan
dengan tajuk-tajuk lain, serta penerapan nilai. Guru menggunakan berbagai kaedah dan
teknik bagi meningkatkan penguasaan ilmu di samping menjana kemahiran berfikir, termasuk
kemahiran-kemahiran lain seperti kemahiran berkomunikasi dan berintraksi, kemahiran menulis,
kemahiran berhujah, kemahiran imiginasi dan sebagainya, bagi membentuk kemenjadian
murid.
Kemahiran menggunakan sumber yang sedia ada menjadikan pengajaran dan pembelajaran
lebih berksan, seperti alat bantuan mengajar dan bahan bantuan mengajar dan bahan
bantuan belajar kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi, bahan rujukan tambahan,
bahan maklumat tambahan dan sebagainya menjadi inspirasi guru untuk memudah dan
mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Sumber pengajaran dan
pembelajaran hendaklah yang lebih releven dengan hasil pembelajaran serta isi
pembelajaran. Sumber itu dapat mempercepat dan menjimat masa pembelajaran, menarik
minat murid, dan boleh disertai oleh semua murid. Maklumat dari sumber berkenaan adalah
tepat, pengolahan yang mudah difahami, senang digunakan dan boleh diubah dan sesuai
dengan keadaan semasa.
Apabila seluruh potensi insan dibangunkan secara intergrasi atau bersepadu, ia bakal
melahirkan insan yang berketrampilan yang mampu menyumbangkan segala kebolehan
untuk kebaikan diri, masyarakat dan Negara. Hati adalah penentu dalam pembangunan
insan kerana hati menjadi punca penggerak dan keinnginan manusia dan dari hati juga
lahirnya pertimbangan dan nilai sesuatu amalan. Hati perlu menjalani proses pendidikan
supaya lahirnya hati yang bersih, baik dan bermanfaat. Intergrasi ilmu yang bersandarkan
kepada al-Quran dan as-Sunnah dan dikaitkan dengan berbagai cabang ilmu, bakal
melahirkan modal insan yang berkualiti.
Pengujian, penilaian, pengukuran dan pentaksiran :
Pengujian adalah merujuk kepada satu cara untuk merealisasikan maklumat tentang
perubahan tingkahlaku seseorang. Ujian terdiri satu set soalan atau tugasan murid yang
meminta mereka memberi respons atau tindakbalas. Ujian yang dijalankan yang berfokus
kepada satu atau lebih unit pembelajaran adalah sebagai pengukur keberkesanan hasil
pembelajaran, mengesan kemajuan yang telah diperolehi tentang sesuatu isi pelajaran yang
telah dihasilkan dalam aktiviti pembelajaran. Ujian petempatan pula adalah bertujuan
menguji pengetahuan yang sedia ada, bagi menentukan aras pembelajaran yang berikut,
dan ujian diagnostik adalah bertujuan untuk menjadi panduan kepada guru menentukan
kaedah pemulihan dan pengukuhan yang akan dilakukan selepas ujian tersebut.
Pengukuran merupakan suatu proses untuk menetapkan kuantiti dan tahap keberkesanan
pengajaran guru dan pembelajaran murid. Alat pengukuran yang biasa digunakan oleh
seseorang guru. Tujuan pengukuran dalam bilik darjah adalah untuk mengesan hasil
pembelajaran, mengesan kemahiran, kemajuan yang telah dicapai dalam pembelajaran
yang lain serta membuat refleksi terhadap kemampuan dan penguasaan seeorang murid.
Cara pengukuran boleh dilakukan dengan kaedah yang pelbagai bagi mendapatkan data
kuantitif, bagi menunjukkan pencapaian dalam isi pelajaran yang diukur.
Penilaian dalam pembelajaran adalah suatu proses mentaksir sama ada kuantiti atau tahap
sesuatu yang diukur itu boleh diterima atau tidak. Penilaian melibatkan tiga langkah iaitu
mendapatkan maklumat melalui cara mengukur, menetapkan suatu kriteria bagi pengukuran
dan membuat sesuatu pertimbangan berdasarkan hasil pengukuran. Selain daripada ujian,
penilaian boleh dilakukan melalui soal selidik, senarai semak, bagi mendapatkan maklumat
tentang pencapaian dan tingkahlaku murid secara menyeluruh.Kepentingan penilaian dalam
bilik darjah, antaranya membantu guru merancang strategi pengajaran setelah mengetahui
punca kelemahan dan merancang program pengukuhan, dan menentukan pengajaran dan
pembelajaran yang lebih efisien dan efektif. Murid dan ibubapa mendapat laporan kemajuan
pelajaran. Mengesahkan tahap pencapaian murid bagi membantu guru membuat tindakan
susulan. Membantu Pengetua atau Guru Besar, Penolong Kanan, Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid, kaunselor, Guru Bidang dan juga Ketua Panitia Mata Pelajaran bagi melaksanakan
berbagai pendekatan membantu meningkatkan prestasi dalam peperiksaan.
Penilaian terbahagi kepada dua kategori iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif.
Penilaian formatif bertujuan untuk mengukur kemajuan pelajaran murid setelah sesuatu hasil
pembelajaran telah selesai dilaksanakan oleh guru, guru dapat mengetahui pencapaian
murid sama ada boleh diteruskan ke hasil pembelajaran yang berikutnya. Sekiranya mejoriti
murid gagal dalam ujian ini, guru seharusnya melakukan pemulihan atau pengulangan dalam
kaedah atau pendekatan yang lebih mudah. Jika sebilangan kecil murid yang gagal, maka
murid-murid tersebut juga perlu diipulihkan melalui bimbingan atau menyediakan tugasan
tertentu dan dalam masa yang sama pengajaran dan pembelajaran murid-murid yang
berjaya diteruskan ke aras atau hasil pelajaran yang berikutnya.
Penilaian sumatif ialah penilaian yang dilakasanakan di akhir semester atau tahun seperti
peperiksaan akhir tahun, peperiksaan semester I, peperiksaan percubaan dan sebagainya.
Tujuannya adalah untuk menentukan gred-gred pencapaian atau untuk memberi
penganugerahan atau sijil. Bidangnya menjadi lebih luas yang mencakupi semua perkara
yang perlu dikuasai murid bagi setiap mata pelajaran. Guru juga menggunakan keputusan
tersebut sebagai menilai semula keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Beberapa jenis ujian boleh dilaksanakan oleh guru, antaranya, ujian rujukan kriteria, ujian
rujukan norma, ujian objektif, ujian subjektif, ujian tara, ujian buatan guru, ujian bukan bertulis,
ujian bertulis, ujian kepantasan dan ujian daya.
Ujian rujukan norma ialah ujian yang bertujuan membanding pencapaian seorang murid
dengan murid yang lain. Soalan-soalan yang dikemukakan terdapat aras mudah, sederhana
dan sukar. Ujian rujukan kriteria ialah pencapaian seseorang murid diukur dan dibandingkan
dengan kretiria yang telah ditentukan contohnya untuk mendapat markah yang penuh bagi
sesuatu soalan atau tugasan maka murid berkenaan perlu memenuhi aspek-aspek yang telah
ditentukan. Soalan-soalan dalam ujian ini adalah hampir sama aras kesukarannya, guru dapat
membayangkan tahap pengetahuan dan kemahiran yang dicapai oleh murid yang
berkenaan. Ujian rujukan kretiria ini lebih mengutamakan pembelajaran bahagian-bahagian
tertetu bukan keseluruhan.
Ujian objektif adalah ujian yang biasanya memerlukan jawapan pendek iaitu beberapa
perkataan sahaja atau menandakan jawapan mana yang betul, contohnya ujian aneka
pilihan, salah-betul, padanan, isi tempat kosong dan lengkapkan dan pemeriksa akan
memberi markah yang sama dengan pemeriksa yang lain. Ujian subjektif, ialah soalan yang
bertujuan untuk menguji pengetahuan, kefahaman dan kebolehan murid itu berfikir,
menganalisis, membuat sentisis dan penilaian. Calon diberi kebebasan untuk memberi
jawapan dengan pendekatan sendiri. Soalan ini terbahagi kepada soalan yang memerlukan
jawapan yang ringkas, dan soalan yang memerlukan jawapan yang tiada had.
Ujian tara ialah ujian yang mempunyai prsedur pentadbiran dan permarkahan yang setara
dengan murid di tempat yang lain sama bagi satu daerah, negeri atau Negara. Ujian buatan
guru adalah ujian yang disediakan untuk mengukur hasil pengajaran dan pembelajaran
seseorang guru bagi mata pelajaran tersebut. Ujian bulanan, pertengahan tahun dan akhir
tahun sama ada berbentuk objektif atau subjektif.
Ujian bukan bertulis dikatakan sebagai ujian perlakuan, yang tidak menggunakan perkataan
kecuali semasa memberi arahan. Contohnya, murid menyusun kembali keratan-keratan
gambar supaya menjadi gambar yang lengkap. Ujian bertulis iaitu ujian yang perlu dijawab
menggunakan perkataan yang ditulis di atas kertas.
Ujian kepantasan ialah ujian yang mengandungi jumlah soalan yang banyak dan perlu
diselesaikan dalam jangka masa yang terhad dan hampir sama aras kesukarannya. Ujian
Daya ialah ujian yang terdiri daripada soalan-soalan yang berbeza-beza aras kesukaran dan
markahnya tertakluk kepada jumlah soalan yang dijawab dengan betul, masa yang
diperuntukkan adalah lebih lama dimana mejoriti pelajar dapat menyelesaikan semua soalan.
Jadual penentuan ujian (JPU) dan sekarang dikenali sebagai jadual spesifikasi ujian (JSU),
adalah satu senarai objektif pengajaran dan aras pemahaman yang hendak diuji dan
menjadi satu panduan untuk menghasilkan satu set soalan yang mempunyai item-item soalan.
Tujuan utama pembinaan JSU untuk mengawal soalan-soalan yang akan dihasilkan,
menentukan kesahan dan kebolehpercayaan ujian, menjadi garis panduan kepada
penggubal soalan, menstabilkan aras kesukaran yang ditentukan oleh pihak
bertanggungjawab, dan membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian
yang lain.
Ciri-ciri utama JSU ialah penentuan tajuk, aras kemahiran yang hendak diuji, paksi menegak
adalah tajuk atau isi pengajaran, paksi mendatar adalah kemahiran atau konstruk, bilangan
soalan, dan menetukan kesahan setiap ujian. Prosedur pembinaan JSU iaitu bermula dengan
langkah pertama iaitu memilih hasil pembelajaran yang hendak diuji, menyenaraikan isi atau
tajuk-tajuk, dan membina carta menegak dan melintang.

Rumusan, tugasan dan refleksi :

Guru merumuskan hasil pembelajaran yang telah dikembangkan melalui pelbagai kaedah
yang menarik, bukan sekadar guru menggambarkan sepintas lalu isi kandungan, tetapi guru
boleh menggerakkan murid memberi rumusan berdasar pengalaman pembelajaran tersebut,
rumusan juga boleh dipindah dalam pelbagai bentuk seperti susunan dalam bait-bait puisi,
sajak, pantun, soal jawab dan main peranan.
Tugasan yang disediakan kepada murid adalah untuk pemulihan dan pengukuhan,
bergantung kepada pencapaian hasil pembelajaran, tugasan boleh dijelmakan dalam
bentuk pemantapan isi seperti meminta murid menyedia peta minda lengkap, menjawab
soalan-soalan yang diberi atau untuk tujuan pengukuhan seperti membuat rujukan di
perpustakaan, menyediakan folio, atau buku skrap, membuat kajian-kajian luaran, menulis
dalam bentuk karangan dan sebagainya.
Guru perlu mencatatkan kemajuan dan kelemahan yang terdapat dalam pengajaran dan
pembelajaran tersebut dan mencari peluang-peluang bagi pengubahsuaian serta
mengemuka pandangan atau cadangan bagi menyelesaikan beberapa masaalah
pembelajaran supaya pengajaran dan pembelajaran berikut dapat dilaksakan dengan lebih
sempurna dan terdapat penambahbaikan.

Penutup

Guru yang berkualiti mempunyai wawasan yang jelas, daya kreativiti, serta peka terhadap
segala perubahan yang dikehendaki oleh pengurusan atasan supaya tidak berlaku
pembaziran waktu disebabkan berbagai pemantauan yang penyeliaan yang terpaksa
dijalankan.
Guru yang berwibawa sentiasa memikir kaedah bagi mencapai pengurusan yang cemerlang,
di antara perkara yang menjadi fokus ialah mengetahui dan memahami bidang kerjayanya,
menghayati hasil kerja atau objektif kerja untuk jangka panjang dan jangka pendek, kerja
yang dilakukan lebih spesifik, boleh diukur pencapaiannya, boleh dicapai, realistik, dan bijak
dalam pengurusan masa.
Perancangan yang rapi bagi memastikan objektif-objektif tercapai, meletakkan keutamaan
dalam tugasan. Keupayaan, kemahiran melaksanakan tugas, kemahiran berfikir, kemahiran
berintrkasi, dan berkomunikasi, kemahiran mengurus dan mentadbir, dan kemahiran
mengaplikasi peralatan yang terkini seperti komputer, kecekapan menjalankan tugasan yang
diamanahkan di samping memiliki wawasan yang jelas. Kemampuan membuat pemantauan
atau refelkesi di atas kerja-kerja yang telah dilakukan untuk tujuan penambahbaikan, di
samping memiliki sahsiah sebagai seorang guru yang boleh mempamerkan teladan yang baik
kepada semua orang serta mematuhi tonggak dua belas, nilai dan etika dalam perkhidmatan
awam serta etika kerja dalam Islam.
Guru yang berwawasan bertindak sebagai mualim, muaddib, murabbi, mursyid, dan dalam
masa yang sama sebagai fasilitator, pembimbing dan kaunselor yang sentiasa komited
dengan kerjayanya iaitu menumpukan perhatian dengan bersungguh-sungguh melaksanakan
tugas. Sabda Rasulullah SAW bermaksud, ‘sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu
melakukan pekerjaan dengan tekun’. (Riwayat Baihaqi). Guru adalah segala-galanya.
Pengurusan bilik darjah yang dinamik bergantung kepada kebijaksanaan guru memainkan
peranan sebaik mungkin bagi menghasil bilik darjah harmonis, kondusif dan perlaksanaan
pengajaran dan pembelajaran yang memberansangkan serta mencapai objektif.

Popular Posts